Rabu, 02 Desember 2009

Adzkya was 40 days ...


Today is Adzkya 40 day's - July 06! I look Adzkya and i'm in a good health.. I can't believe how strong and beautiful she is...(like her mom...ehmm..mm) I love seeing her personality and learning more about her. She does new things everyday which keeps me on my toes. This month seemed to be especially filled with new things.

Selasa, 01 Desember 2009

Cinta seorang Ibu & Ayah terhadap anaknya


Cinta seoarang Ibu dan Ayah terhadap anak-anaknya lebih murni daripada cinta yang lain. Yuli mempunyai seorang ibu yang selalu basah matanya membesarkan 10 beradik. Ketidakmampuan ibu dan ayah sering mengingatkan yuli kisah-kisah sedih yang pernah dilaluinya.

Betapa susahnya untuk aku menyatakan kepada ibu yang ketika itu sedang terlantar karena baru melahirkan adikku yang keenam. "Ibu...Cikgu minta duit yuran SPM. Tempoh pembayaran dah nak habis". Antara sedar dengan tidak sedar, aku mengucapkan kalimat itu. Ibu bangkit dengan seribu kepayahan. Sambil menepuk-nepuk punggung si kecil dan matanya merenung kedalam anak mataku. Seolah-olah berkata, "Ibu tak ada duit nak, kalau ibu sihat dapatlah ibu tolong ayah menoreh getah, "tiba-tiba aku rasa bersalah.

Air mata gugur saksikan pengorbanan
Selepas memberi ciuman di pipi si kecil, ibu perlahan-lahan bangun tanpa sepatah kata. Aku mengekorinya dengan anak mata. Ibu berjalan longlai menuju kerumah jiranku. Aku hanya memerhati dari tingkap dapur. Aku lihat ibu sudah duduk dimuka tangga. Mulut ibu terkumat kamit. Sebentar kemudian, jiranku, Ka Jah masuk kedalam rumah. Dia kemudiannya kembali dan menghulurkan wang kepada ibuku. Air mataku gugur di pagi itu. Aku jadi takut kalau-kalau aku akan menghampakan ibu. Ibu menyerahkan wang tersebut ketanganku. Ibu kemudian berbaring semula sambil memeluk si kecil yang tiba-tiba menggeliat terperanjat disentuh ibu. Ibu membelakangkan aku. Aku dapat rasakan kepiluan ibu ketika itu lebih hebat daripada kepiluanku sendiri. Dua hari selepas itu, aku mendapat tahu yang ayah akan ke sekolahku untuk berjumpa guru kelasku bagi menangguhkan bayaran yuran SPM. Aku diburu rasa bersalah lagi karena tidak berkesempatan memberitahu hal sebenar. Aku bergegas berlari mendapatkan ayah di tepi jalan. Ketika itu, Ayah sedang memegang pintu kereta yang terbuka. Aku tercungap-cungap. "Ayah! Nanti jangan pergi dulu,"jeritku lebih kuat daripada enjin kereta sapu tersebut. Ayah terpingga-pingga.
Setelah aku terangkan segalanya, Ayah menarik nafas lega dan terus beredar menuju ke rumah ka jah. Sekali lagi menerusi tingkap dapur aku menyaksikan wajah gembira
ayah sedang bersemuka dengan Ka Jah dan suaminya, Abang Mat.

Warisi Kasih Sayang
Ayah mengucapkan terima kasih dan berjanji akan memulangkan wang secepat mungkin. Alhamdulillah ....Wang pinjaman itu dapat dipulangkan segera. Aku bersyukur sangat kerana telah melihat betapa cinta seorang ibu dan ayah dalam saat-saat itu.

Cerita pendek yang patut kita maknai dengan beribu makna,....apatah lagi kita sebagai orang tua kelak....


Bahasa Kasih Sayang Untuk Anak



Menurut Dr. Ross Campbell, seorang Psikiatris kanak-kanak dan remaja berkata, sebagai kiasan, setiap anak mempunyai tangki emosi yang perlu diisi dengan kasih sayang. Bila tangki ini penuh, maka anak itu akan merasa dikasihi dan mampu mengasihi. Bila tangki ini kosong, maka anak tersebut akan melakukan perbuatan yang selalunya tidak baik untuk menggagih kasih sayang. Bagaimana untuk memenuhi tangki emosi ini..?? mudah sahaja. Berikan dah curahkan kasih sayang. Namun, ada yang berkata: "Tapi saya sudah curahkan kasih sayang tetapi anak saya masih merasakan dia tidak dikasihi.....masih kosong tangki emosinya!" Mengapa jadi begini ? Bagi pendapat anda mengapa agaknya ? Kalau diibaratkan kasih itu bahasa percakapan. Jika bahasa anda bertutur ialah bahasa inggeris, tetapi anak anda hanya memahami bahasa thai. Walaupun ribuan kali anda menyebut anda sayang, namun ia tidak difahami. Begitu juga dengan kasih, ia mempunyai bahasa. Ia bukan bahasa pertuturan, tetapi bahasa kasih sayang. Maka bila kasih sayang disampaikan bukan dengan cara yang boleh difahami oleh anak anda maka, ia melepasi sasarannya. Akibatnya kedua-duanya kecewa.

Mengesahkan dan menguatkan dengan kata-kata
Jika anak anda menggunakan saluran ini untuk menyampaikan dan menerima perasaan itu, maka apa yang hendak anda lakukan , ulangkan selalu perkataan yang mengesahkan perasaan anda itu. uangkaplah dengan penuh perasaan supaya ia lebih membawa makna.
Masa yg berkualiti
Anak yang begini menginteperitasikan kualiti kasih sayang, seperti mana masa yang dihabiskan bersama. Mereka akan berasa sangat dikasihi jika ibu bapa mereka menghabiskan masa bersama.
Menerima hadiah
Hadiah adalah simbol kasih sayang bagi mereka ini. Jangan menyalah anggap mereka materialistik. Mereka ini cuma merupakan golongan yang memelurkan sesuatu bukti yang jelas dalam kebendaan.
Memberi khidmat
Jika bahasa kasihnya ialah memberi khidmat, hargailah setiap khidmat mereka, walaupun sedikit. Bila dia meminta khidmat anda, penuhilah. Jika tidak mereka merasakan anda tidak menyayanginya. Hargailah..! Selalunya anak-anak amat menghargai ibu bapa yang bekerja keras.
Disentuh secara fizikal
Sentuhan fizikal adalah suatu isyarat kasih sayang bagi mereka ini. Ia menyentuh mereka secara mendalam. Kesannya bukan sekadar fizikal, malah emosi. Menyebabkan mereka merasai disayng dan dikasihi. Anak-anak yang datang daripada keluarga yang penuh kasih sayang membesar menjadi individu yang cemerlang.

Mengajar Anak Mengendali Emosi Negatif


Anak-anak juga seperti kita orang dewasa. Mereka juga boleh berasa kecewa, sedih dan marah. Kadang-kadang kerana mereka adalah anak kita, maka mereka tidak dibenarkana untuk meluahkan perasaan negatif mereka. Mungkin karana itu dianggap menderhaka. Lama-lama mereka belajar menyimpan segala perasaan negatif itu didalam diri mereka. Apa yang menyedihkan ialah tiba-tiba suatu hari ianya meletup dan meletup. Mereka menjadi pemarah, degil, dan bermasalah.

Senin, 30 November 2009

Anak Mesti Dibekalkan ' filter '

Anak-anak perlu dibekalkan dengan ilmu dan maklumat yang membolehkan mereka menapis sendiri 'ajaran-ajaran salah' dari pengaruh media.
dalam soal ini,kata pakar motivasi Ustaz Sobri Abd.Rani, ibu bapa tidak dapat mengelak daripada menjadi mentor atau guru pertama seorang anak.
"Yang penting hendak bina filter(penapis) pada akal anak. Sebab macam mana pun, rangsangan nafsu tetap berlaku. Pertimbangan akal mampu menapisnya,"ujarnya.
jika ibu bapa dapat memberi ilmu dan maklumat yang diperlukan, anak berkemampuan menapis apa-apa maklumat dan rangsangan yang diperolehinya dari tv,internet,bahan bacaan dan sebagainya.
"Misalnya dia mampu menapis mana yang perlu didahulukan dan mana yang boleh dikemudiankan, atau mana yang jangan buat langsung, karena ia mencederakan maruah keluarga dan membinasakan kehidupan akhirat kita.
hal-hal yang perlu kita perhatikan terhadap anak kita :
1. Isi Masa Lapang Anak
Antara kesilapan ibu bapa yang menyebabkan anak mudah terpengaruh dengan ajaran salah ialah tidak mengisi masa lapang anak.
waktu lapang anak mesti diisi dengan sesuatu yang dapat memberi kegembiraan kepada anak.
"Tidak semestinya waktu cuti,"tapi mungkin waktu seoarang ayah baru balik ke rumah hingga ke waktu maghrib(waktu yang mungkin anak selalu habiskan didepan tv)
2. Alih Perhatian Anak
Ibu bapa yang tidak mahu anak terpesona dengan program tv yang boleh membawa unsur negatif seperti program realiti tv yang bercorak hiburan, boleh mengalih perhatian anak kepada alternatif yang juga menghiburkan dan membawa kesan positif.

Lah, kalaulah.....!

Pagi minggu tu Mak Jah punyalah 'hot' bukan kepalang. Apa tidaknya,pasu kristal buatan itali yang baru dibelinya tanpa diduga terhempas menyimbah lantai marmar ruang tamunya. Angkara siapa lagi kalau bukan si Hafidz cucu kesayangannya itu.
"isy, kalaulah budak bertuah ni main bola kat luar tadi, tentu pasu kristal aku tak berkecai."ratap mak Jah.
"isy, kalaulah aku tak belikan bola untuk cucu aku sekejap tadi, tentulah kristal mahal ni tak hancur."Mak jah tumpang ratap sekaki.
"isy, kalaulah si Milah tak hantar anaknya kesini pagi-pagi minggu ni,tentulah..."
isy,isy,,,berapa banyak kalau ni Jah ooii. Benda tu dah berlaku dan dah jadi ketentuan Allah, redha ajelah 'pemergiannya'. Mana boleh diungkit-ungkit dengan kalau itu dan ini. Sebaik-baiknya ucaplah "Dari Allah kita datang, kepada Allah kita pulang"
itulah sebaik-baik ucapan jika betul-betul beriman dengan qada dan qadar Allah.