Senin, 30 November 2009

Anak Mesti Dibekalkan ' filter '

Anak-anak perlu dibekalkan dengan ilmu dan maklumat yang membolehkan mereka menapis sendiri 'ajaran-ajaran salah' dari pengaruh media.
dalam soal ini,kata pakar motivasi Ustaz Sobri Abd.Rani, ibu bapa tidak dapat mengelak daripada menjadi mentor atau guru pertama seorang anak.
"Yang penting hendak bina filter(penapis) pada akal anak. Sebab macam mana pun, rangsangan nafsu tetap berlaku. Pertimbangan akal mampu menapisnya,"ujarnya.
jika ibu bapa dapat memberi ilmu dan maklumat yang diperlukan, anak berkemampuan menapis apa-apa maklumat dan rangsangan yang diperolehinya dari tv,internet,bahan bacaan dan sebagainya.
"Misalnya dia mampu menapis mana yang perlu didahulukan dan mana yang boleh dikemudiankan, atau mana yang jangan buat langsung, karena ia mencederakan maruah keluarga dan membinasakan kehidupan akhirat kita.
hal-hal yang perlu kita perhatikan terhadap anak kita :
1. Isi Masa Lapang Anak
Antara kesilapan ibu bapa yang menyebabkan anak mudah terpengaruh dengan ajaran salah ialah tidak mengisi masa lapang anak.
waktu lapang anak mesti diisi dengan sesuatu yang dapat memberi kegembiraan kepada anak.
"Tidak semestinya waktu cuti,"tapi mungkin waktu seoarang ayah baru balik ke rumah hingga ke waktu maghrib(waktu yang mungkin anak selalu habiskan didepan tv)
2. Alih Perhatian Anak
Ibu bapa yang tidak mahu anak terpesona dengan program tv yang boleh membawa unsur negatif seperti program realiti tv yang bercorak hiburan, boleh mengalih perhatian anak kepada alternatif yang juga menghiburkan dan membawa kesan positif.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

give your comment please..