Selasa, 01 Desember 2009

Cinta seorang Ibu & Ayah terhadap anaknya


Cinta seoarang Ibu dan Ayah terhadap anak-anaknya lebih murni daripada cinta yang lain. Yuli mempunyai seorang ibu yang selalu basah matanya membesarkan 10 beradik. Ketidakmampuan ibu dan ayah sering mengingatkan yuli kisah-kisah sedih yang pernah dilaluinya.

Betapa susahnya untuk aku menyatakan kepada ibu yang ketika itu sedang terlantar karena baru melahirkan adikku yang keenam. "Ibu...Cikgu minta duit yuran SPM. Tempoh pembayaran dah nak habis". Antara sedar dengan tidak sedar, aku mengucapkan kalimat itu. Ibu bangkit dengan seribu kepayahan. Sambil menepuk-nepuk punggung si kecil dan matanya merenung kedalam anak mataku. Seolah-olah berkata, "Ibu tak ada duit nak, kalau ibu sihat dapatlah ibu tolong ayah menoreh getah, "tiba-tiba aku rasa bersalah.

Air mata gugur saksikan pengorbanan
Selepas memberi ciuman di pipi si kecil, ibu perlahan-lahan bangun tanpa sepatah kata. Aku mengekorinya dengan anak mata. Ibu berjalan longlai menuju kerumah jiranku. Aku hanya memerhati dari tingkap dapur. Aku lihat ibu sudah duduk dimuka tangga. Mulut ibu terkumat kamit. Sebentar kemudian, jiranku, Ka Jah masuk kedalam rumah. Dia kemudiannya kembali dan menghulurkan wang kepada ibuku. Air mataku gugur di pagi itu. Aku jadi takut kalau-kalau aku akan menghampakan ibu. Ibu menyerahkan wang tersebut ketanganku. Ibu kemudian berbaring semula sambil memeluk si kecil yang tiba-tiba menggeliat terperanjat disentuh ibu. Ibu membelakangkan aku. Aku dapat rasakan kepiluan ibu ketika itu lebih hebat daripada kepiluanku sendiri. Dua hari selepas itu, aku mendapat tahu yang ayah akan ke sekolahku untuk berjumpa guru kelasku bagi menangguhkan bayaran yuran SPM. Aku diburu rasa bersalah lagi karena tidak berkesempatan memberitahu hal sebenar. Aku bergegas berlari mendapatkan ayah di tepi jalan. Ketika itu, Ayah sedang memegang pintu kereta yang terbuka. Aku tercungap-cungap. "Ayah! Nanti jangan pergi dulu,"jeritku lebih kuat daripada enjin kereta sapu tersebut. Ayah terpingga-pingga.
Setelah aku terangkan segalanya, Ayah menarik nafas lega dan terus beredar menuju ke rumah ka jah. Sekali lagi menerusi tingkap dapur aku menyaksikan wajah gembira
ayah sedang bersemuka dengan Ka Jah dan suaminya, Abang Mat.

Warisi Kasih Sayang
Ayah mengucapkan terima kasih dan berjanji akan memulangkan wang secepat mungkin. Alhamdulillah ....Wang pinjaman itu dapat dipulangkan segera. Aku bersyukur sangat kerana telah melihat betapa cinta seorang ibu dan ayah dalam saat-saat itu.

Cerita pendek yang patut kita maknai dengan beribu makna,....apatah lagi kita sebagai orang tua kelak....


Tidak ada komentar:

Posting Komentar

give your comment please..