Selasa, 01 Desember 2009

Bahasa Kasih Sayang Untuk Anak



Menurut Dr. Ross Campbell, seorang Psikiatris kanak-kanak dan remaja berkata, sebagai kiasan, setiap anak mempunyai tangki emosi yang perlu diisi dengan kasih sayang. Bila tangki ini penuh, maka anak itu akan merasa dikasihi dan mampu mengasihi. Bila tangki ini kosong, maka anak tersebut akan melakukan perbuatan yang selalunya tidak baik untuk menggagih kasih sayang. Bagaimana untuk memenuhi tangki emosi ini..?? mudah sahaja. Berikan dah curahkan kasih sayang. Namun, ada yang berkata: "Tapi saya sudah curahkan kasih sayang tetapi anak saya masih merasakan dia tidak dikasihi.....masih kosong tangki emosinya!" Mengapa jadi begini ? Bagi pendapat anda mengapa agaknya ? Kalau diibaratkan kasih itu bahasa percakapan. Jika bahasa anda bertutur ialah bahasa inggeris, tetapi anak anda hanya memahami bahasa thai. Walaupun ribuan kali anda menyebut anda sayang, namun ia tidak difahami. Begitu juga dengan kasih, ia mempunyai bahasa. Ia bukan bahasa pertuturan, tetapi bahasa kasih sayang. Maka bila kasih sayang disampaikan bukan dengan cara yang boleh difahami oleh anak anda maka, ia melepasi sasarannya. Akibatnya kedua-duanya kecewa.

Mengesahkan dan menguatkan dengan kata-kata
Jika anak anda menggunakan saluran ini untuk menyampaikan dan menerima perasaan itu, maka apa yang hendak anda lakukan , ulangkan selalu perkataan yang mengesahkan perasaan anda itu. uangkaplah dengan penuh perasaan supaya ia lebih membawa makna.
Masa yg berkualiti
Anak yang begini menginteperitasikan kualiti kasih sayang, seperti mana masa yang dihabiskan bersama. Mereka akan berasa sangat dikasihi jika ibu bapa mereka menghabiskan masa bersama.
Menerima hadiah
Hadiah adalah simbol kasih sayang bagi mereka ini. Jangan menyalah anggap mereka materialistik. Mereka ini cuma merupakan golongan yang memelurkan sesuatu bukti yang jelas dalam kebendaan.
Memberi khidmat
Jika bahasa kasihnya ialah memberi khidmat, hargailah setiap khidmat mereka, walaupun sedikit. Bila dia meminta khidmat anda, penuhilah. Jika tidak mereka merasakan anda tidak menyayanginya. Hargailah..! Selalunya anak-anak amat menghargai ibu bapa yang bekerja keras.
Disentuh secara fizikal
Sentuhan fizikal adalah suatu isyarat kasih sayang bagi mereka ini. Ia menyentuh mereka secara mendalam. Kesannya bukan sekadar fizikal, malah emosi. Menyebabkan mereka merasai disayng dan dikasihi. Anak-anak yang datang daripada keluarga yang penuh kasih sayang membesar menjadi individu yang cemerlang.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

give your comment please..